Assalamu'alaikum w.b.t..
Semasa catatan ini dibuat, dah masuk hari ke-10 'posa' (puasa) tahun ni... Yang bestnya tahun ni sambut posa masa cuti sekolah. Masa bertugas kat Perlis, tak pernah cuti bila sambut Ramadhan. Dah balik mai Kedah, bukan setakat cuti 1 hari malah 9 hari mana...nak dapat..berangan2 nak sambut masa di rumah sendiri..tup2 kena sambut kat rumah mak 'mentua' (mertua). Apa nak dikata lagi...kita ni rancang saja, Tuhan yang tentukan. Posa tahun ni aku berazam nak cuba habiskan bacaan al-Quran tapi bak kata seorang ustaz yang aku dengaq ceramahnya kat radio baru2 ni, AZAM saja tak cukup mesti ada ISTIQAMAH...tang tu yang sangkut sikit..tak pa la yang penting cuba setakat mana yang sempat..tak sempat boleh terus baca pada bulan2 lain juga.
Ada byk cerita sepjg 10 hari posa. Satu hari tu, aku dan suami pusing2 kat bandar S. Petani..pi bayar bil2 kad kredit..teringat nak singgah beli murtabak kat satu kedai mamak ni...maka kami berdua pun singgah la kat kedai tu..masa tu dalam pukul 2.30 p.m. Aku tengok depa dok siap2 masak inti murtabak..kira ok la. Jadi suami pun turun la kereta pi order. Aku pulak dok tunggu kat dalam keta. Tak lama kemudian sampai satu biji kereta parking kat depan kereta kami.. Keluarla 3 orang budak2 lelaki Melayu daripada keta tu dan terus ke kedai mamak tu.. Dalam hati aku berkata budak2 ni nak p bungkus lauk ngan nasi kot. Aku tengok gelagat depa dari jauh. Aik...bungkus nasi sekali dengan lauk..tanpa segan silu dan siap pilih lauk lagi tu..pastu beli ayaq mineral dalam botol siap straw lagi. Emm! Sah tak posa..kalau posa orang tak bungkus nasi dgn lauk sekali..nanti kembang dah tak sedap...Aku hanya istighfar panjang2.. APA LA NAK JADI DENGAN BUDAK2 MELAYU NI..NAK TUNGGU TUA BARU NAK INSAF KOT??!!
Itu kira anak2 muda...yang lebih teruk tu orang yang dah dewasa tua..Yang makan dalam kedai ada (suami aku nampak masa dia dok tgu kat kaunter). Ada yang dah melantak dalam kedai, siap take away lagi... bungkus air dalam plastik kemudian sembunyi dalam plastik satu lagi kot2 oarang nampak nanti malu.. Mai dengan kereta cermin gelap habih...boleh la melantak dalam keta..sapa yang nampak. Petang kemarin terserempak dengan satu konvoi bermotorsikal...pi berarak sempena merdeka agaknya. Ada di antara mereka tu naik motor sambil menghisap rokok tanpa ada rasa malu...APA LA NAK JADI DENGANORANG2 MELAYU... Kalau ikut hati nak aku sepak terajang depa ni, tapi siapala aku ni..silap2 haribulan aku yang kena katok! Menyumpah dalam hati je la..
Isnin, 31 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan