Apa dah jadi dengan bangsa Melayu sekarang? Melihat kepada pelajar2 Melayu yang ada di sekolah tempat aku mengajar menyebabkan akuterfikir..apa akan jadi dengan masa depan mereka ini? Sebagai info, 99.9% peratus pelajar adalah Melayu n hanya ada sorang pelajar Cina. Tertanya2 juga di dalam hati, ada emak dan bapa tak budak2 ni? Melihat kepada ketrampilan samada dari segi fizikal luaran pun dah nampak ada yang tak kena, dalaman tu lagilah. Pelajar lelaki terutamanya hanya segelintir yang nampak kemas dan segak yang lain tu ???? Datang ke sekolah dengan rambut yang tak terurus, baju mcm tak pernah basuh, bau badan yang busuk, seluar ketat, mata merah, dan macam2 lagi yang sakit mata memandang. Apa nak jadi dengan bangsa aku ni... Tak sedarkah mereka kedudukan mereka sebagai bangsa Melayu di bumi Malaysia ini semakin lama semakin digugat keistimewaan dek tuntutan melampau bangsa2 lain untuk mendapat hak sama rata. Jika bangsa2 ini berjaya menakluk hak istimewa bangsa Melayu, apa akan jadi dengan bangsa Melayu 10 atau 20 tahun akan datang. Lihat sahaja kes-kes moral yang dipelopori oleh remaja2 Melayu kita...pesta seks, anak luar nikah, dadah, samseng jalanan, jenayah ragut, bunuh, rogol, bersekedudukan, ponteng sekolah, lari dari rumah dsbnya...
Aku pernah bertanya kepada pelajar2 aku, mcmana hubungan dgn keluarga? Sebahagian besar tidak dipedulikan oleh emak bapa..ditinggalkan di rumah datuk dan nenek, emak bercerai dengan bapa, emak atau bapa kahwin lain, emak dan/atau bapa berkerja di tempat yang jauh dan mcm2 lagi kes.. Ada pelajar yang bekerja selepas balik sekolah. Ditanya untuk apa bekerja sedangkan sepatutnya kamu tumpu pada pelajaran. Kata mereka untuk sara hidup kerana duit tak cukup. Pendapatan emak dan bapa kecil, adik beradik ramai. Tapi ada juga yang berkerja, kumpul duit dan beli motosikal. Banyak berlaku kepada pelajar2 Ting. 4. Kumpul duit selama 3 tahun dan beli motosikal yang baru secara TUNAI! Terfikir juga, aku masa kat U menapak takpun naik bas, masa buat perguruan di IPDA menapak lagi..kerja masuk tahun ke-2 baru beli motosikal..tu pun buat pinjaman Bank Rakyat..depa beli TUNAI! Alangkah indahnya jika budak2 Melayu punya iltizam yang begitu masa belajar..Senang masa depan depa. Tapi ia x jadi mcm tu dalam soal belajar ni... Kerja yang cikgu suruh buat x pernah siapa. Kalau siap pun sebab meniru kawan2 lain..Apa dah jadi???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan