Isnin, 31 Ogos 2009

Ramadhan Al- Mubarak

Assalamu'alaikum w.b.t..

Semasa catatan ini dibuat, dah masuk hari ke-10 'posa' (puasa) tahun ni... Yang bestnya tahun ni sambut posa masa cuti sekolah. Masa bertugas kat Perlis, tak pernah cuti bila sambut Ramadhan. Dah balik mai Kedah, bukan setakat cuti 1 hari malah 9 hari mana...nak dapat..berangan2 nak sambut masa di rumah sendiri..tup2 kena sambut kat rumah mak 'mentua' (mertua). Apa nak dikata lagi...kita ni rancang saja, Tuhan yang tentukan. Posa tahun ni aku berazam nak cuba habiskan bacaan al-Quran tapi bak kata seorang ustaz yang aku dengaq ceramahnya kat radio baru2 ni, AZAM saja tak cukup mesti ada ISTIQAMAH...tang tu yang sangkut sikit..tak pa la yang penting cuba setakat mana yang sempat..tak sempat boleh terus baca pada bulan2 lain juga.

Ada byk cerita sepjg 10 hari posa. Satu hari tu, aku dan suami pusing2 kat bandar S. Petani..pi bayar bil2 kad kredit..teringat nak singgah beli murtabak kat satu kedai mamak ni...maka kami berdua pun singgah la kat kedai tu..masa tu dalam pukul 2.30 p.m. Aku tengok depa dok siap2 masak inti murtabak..kira ok la. Jadi suami pun turun la kereta pi order. Aku pulak dok tunggu kat dalam keta. Tak lama kemudian sampai satu biji kereta parking kat depan kereta kami.. Keluarla 3 orang budak2 lelaki Melayu daripada keta tu dan terus ke kedai mamak tu.. Dalam hati aku berkata budak2 ni nak p bungkus lauk ngan nasi kot. Aku tengok gelagat depa dari jauh. Aik...bungkus nasi sekali dengan lauk..tanpa segan silu dan siap pilih lauk lagi tu..pastu beli ayaq mineral dalam botol siap straw lagi. Emm! Sah tak posa..kalau posa orang tak bungkus nasi dgn lauk sekali..nanti kembang dah tak sedap...Aku hanya istighfar panjang2.. APA LA NAK JADI DENGAN BUDAK2 MELAYU NI..NAK TUNGGU TUA BARU NAK INSAF KOT??!!

Itu kira anak2 muda...yang lebih teruk tu orang yang dah dewasa tua..Yang makan dalam kedai ada (suami aku nampak masa dia dok tgu kat kaunter). Ada yang dah melantak dalam kedai, siap take away lagi... bungkus air dalam plastik kemudian sembunyi dalam plastik satu lagi kot2 oarang nampak nanti malu.. Mai dengan kereta cermin gelap habih...boleh la melantak dalam keta..sapa yang nampak. Petang kemarin terserempak dengan satu konvoi bermotorsikal...pi berarak sempena merdeka agaknya. Ada di antara mereka tu naik motor sambil menghisap rokok tanpa ada rasa malu...APA LA NAK JADI DENGANORANG2 MELAYU... Kalau ikut hati nak aku sepak terajang depa ni, tapi siapala aku ni..silap2 haribulan aku yang kena katok! Menyumpah dalam hati je la..

Rabu, 19 Ogos 2009

Alahai Bangsa Melayu - Episod 2

Kita sangat sensitif dan terharu bila terbaca dalam akhbar2, ibu bapa yang mendera secara fizikal anak-anak kecil, pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu apabila melihat ramai ibu bapa yg mendera anak2 secara maknawi seperti mengenalkannya kepada Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan neraka. Wahai! Ibu2 dan bapa2 di luar sana..ajar, tegur, lihat dan nasihatlah anak2 kalian semua. Aku suka memerhati telatah orang ramai yang makan di restoran atau gerai. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, aku perhati sekeliling dalam restoran tersebut. Ada satu meja makan terdapat beberapa keluarga yang selalunya ada emak, ada bapa, anak2 lelaki dan perempuan..ada yang sedang makan dan ada yang sedang menunggu. Aku tak berminat sgt dengan cara dia orang makan tetapi lebih tertarik dengan cara dia orang berpakaian. Si emak memakai baju kurung atau blaus dan bertudung; si bapa den yang dengan lebai atau songkok di kepala pelengkap kepada baju n seluar yang dipakai; anak2 lelaki biasala t-shirt dengan seluar jeans; dan yang paling pelik anak2 perempuannya... Baju t-shirt ketat (baby t-shirt kata orang) yang mendedahkan dada dan menonjolkan buah ****, seluar jeans ketat paras buntut yang apabila duduk boleh nampak warna seluar dalam (kdg2 tak pakaipun!) dan terus boleh nampak lurah buntut...tudung jauh sekali (pakai pun buat lebih kita sakit hati), ditambah dengan rambut 'merah' atau 'blonde'.. Apa dah jadi??
Sekarang ni trend budak2 Melayu memakai seluar pendek; baik lelaki mahupun perempuan. Yang lelaki Islam (remaja dan dewasa) tak begitu kisah sgt kerana depa rasa seluar pendek (seluar 'bermuda') yang dipakai tu masih menutup aurat (antara pusat dan lutut) dah lepas...tp bila naik motor tu terselak nampak paha; itu kan dah dikira berdosa..ini la yang dikatakan 'ambil ringan perkara yang berat dan ambil berat perkara yang ringan'... Yang perempuan pulak dah nyata haram seluar pendek itu dipakai tetapi masih dipakai gak...kalau budak2 bandar tu bolehla kita faham sebab dah biasa tapi ini di kampung..naik motor selamba je dengan seluar pendek dan baju ketat...tak da ka orang tua kat rumah budak tu yang boleh tegur...apa nak jadi??
Kalau budak perempuan tu masih ada emak dan bapanya...satu sahaja yang boleh aku kata... 'kering sungguh hati emak dan bapa budak perempuan tu' Agaknya depa cukup berbangga sebab dapat jual maruah anak depa untuk tontonan orang ramai. Ini bukan sekali dua terjadi tetapi cuba la kita perhati dan amati perkara ini bila sesekali kita ke tempat2 makan, pasaraya malah di atas jalan2 raya termasuk lebuh raya... Anak2 adalah tanggung jawab ibu bapanya...ibu bapa yang tak mampu menegur anaknya ke arah yg lebih baik (takut untuk tegur anak), adalah ibu bapa yang gagal memikul amanah yang diberi ALLAH kepadanya.. Ibu bapa yang sebegini tidak membuang anak2 mereka di dalam tong sampah, TETAPI...ibu bapa sebeginilah yang membuang anak mereka kedalam API NERAKA.

Alahai Bangsa Melayu - Episod 1

Apa dah jadi dengan bangsa Melayu sekarang? Melihat kepada pelajar2 Melayu yang ada di sekolah tempat aku mengajar menyebabkan akuterfikir..apa akan jadi dengan masa depan mereka ini? Sebagai info, 99.9% peratus pelajar adalah Melayu n hanya ada sorang pelajar Cina. Tertanya2 juga di dalam hati, ada emak dan bapa tak budak2 ni? Melihat kepada ketrampilan samada dari segi fizikal luaran pun dah nampak ada yang tak kena, dalaman tu lagilah. Pelajar lelaki terutamanya hanya segelintir yang nampak kemas dan segak yang lain tu ???? Datang ke sekolah dengan rambut yang tak terurus, baju mcm tak pernah basuh, bau badan yang busuk, seluar ketat, mata merah, dan macam2 lagi yang sakit mata memandang. Apa nak jadi dengan bangsa aku ni... Tak sedarkah mereka kedudukan mereka sebagai bangsa Melayu di bumi Malaysia ini semakin lama semakin digugat keistimewaan dek tuntutan melampau bangsa2 lain untuk mendapat hak sama rata. Jika bangsa2 ini berjaya menakluk hak istimewa bangsa Melayu, apa akan jadi dengan bangsa Melayu 10 atau 20 tahun akan datang. Lihat sahaja kes-kes moral yang dipelopori oleh remaja2 Melayu kita...pesta seks, anak luar nikah, dadah, samseng jalanan, jenayah ragut, bunuh, rogol, bersekedudukan, ponteng sekolah, lari dari rumah dsbnya...
Aku pernah bertanya kepada pelajar2 aku, mcmana hubungan dgn keluarga? Sebahagian besar tidak dipedulikan oleh emak bapa..ditinggalkan di rumah datuk dan nenek, emak bercerai dengan bapa, emak atau bapa kahwin lain, emak dan/atau bapa berkerja di tempat yang jauh dan mcm2 lagi kes.. Ada pelajar yang bekerja selepas balik sekolah. Ditanya untuk apa bekerja sedangkan sepatutnya kamu tumpu pada pelajaran. Kata mereka untuk sara hidup kerana duit tak cukup. Pendapatan emak dan bapa kecil, adik beradik ramai. Tapi ada juga yang berkerja, kumpul duit dan beli motosikal. Banyak berlaku kepada pelajar2 Ting. 4. Kumpul duit selama 3 tahun dan beli motosikal yang baru secara TUNAI! Terfikir juga, aku masa kat U menapak takpun naik bas, masa buat perguruan di IPDA menapak lagi..kerja masuk tahun ke-2 baru beli motosikal..tu pun buat pinjaman Bank Rakyat..depa beli TUNAI! Alangkah indahnya jika budak2 Melayu punya iltizam yang begitu masa belajar..Senang masa depan depa. Tapi ia x jadi mcm tu dalam soal belajar ni... Kerja yang cikgu suruh buat x pernah siapa. Kalau siap pun sebab meniru kawan2 lain..Apa dah jadi???

Alahai Nasib!!

Agak lama juga tak kemaskini blog ni. Sibuk tu tak la sibuk sangat tapi tak sempat gak. Tahun 2009 ni dikira tempoh bertenang kerana tak payah sibuk2 nak menanda kertas, terkejar2 menghabiskan sukatan dan kerja kursus, kelas intensif, kelas tambahan, gerak gempur, percubaan dll yang sentiasa menekan jiwa selama 12 tahun sebagai guru. Lapang bebenor kau ye... Itulah yang berlaku selepas berjaya dalam rayuan untuk bertukar balik ke negeri sendiri tahun ni. Ditempatkan di sekolah yang tidak la jauh sgt dari rumah mak mertua dan mengajar pulak program ICTL/KDP ting 1 & 2..Alhamdulillah! Pelajar2 yang ikut kelas ni pulak pelajar2 sesi petang yg perlu datang pada jam 10.30 pg & 12.00 thr. Jumlah kehadiran paling ramai pernah diterima ialah 20 orang dan paling sikit tak datang langsung. Kesempatan ini digunakan untuk mendalami ilmu ICT termasuk buat blog, facebook & friendster dan sikit masa lagi twitter..tak terkejar dibuatnya perkembangan ICT skrg ni...