Kita sangat sensitif dan terharu bila terbaca dalam akhbar2, ibu bapa yang mendera secara fizikal anak-anak kecil, pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu apabila melihat ramai ibu bapa yg mendera anak2 secara maknawi seperti mengenalkannya kepada Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan neraka. Wahai! Ibu2 dan bapa2 di luar sana..ajar, tegur, lihat dan nasihatlah anak2 kalian semua. Aku suka memerhati telatah orang ramai yang makan di restoran atau gerai. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, aku perhati sekeliling dalam restoran tersebut. Ada satu meja makan terdapat beberapa keluarga yang selalunya ada emak, ada bapa, anak2 lelaki dan perempuan..ada yang sedang makan dan ada yang sedang menunggu. Aku tak berminat sgt dengan cara dia orang makan tetapi lebih tertarik dengan cara dia orang berpakaian. Si emak memakai baju kurung atau blaus dan bertudung; si bapa den yang dengan lebai atau songkok di kepala pelengkap kepada baju n seluar yang dipakai; anak2 lelaki biasala t-shirt dengan seluar jeans; dan yang paling pelik anak2 perempuannya... Baju t-shirt ketat (baby t-shirt kata orang) yang mendedahkan dada dan menonjolkan buah ****, seluar jeans ketat paras buntut yang apabila duduk boleh nampak warna seluar dalam (kdg2 tak pakaipun!) dan terus boleh nampak lurah buntut...tudung jauh sekali (pakai pun buat lebih kita sakit hati), ditambah dengan rambut 'merah' atau 'blonde'.. Apa dah jadi??
Sekarang ni trend budak2 Melayu memakai seluar pendek; baik lelaki mahupun perempuan. Yang lelaki Islam (remaja dan dewasa) tak begitu kisah sgt kerana depa rasa seluar pendek (seluar 'bermuda') yang dipakai tu masih menutup aurat (antara pusat dan lutut) dah lepas...tp bila naik motor tu terselak nampak paha; itu kan dah dikira berdosa..ini la yang dikatakan 'ambil ringan perkara yang berat dan ambil berat perkara yang ringan'... Yang perempuan pulak dah nyata haram seluar pendek itu dipakai tetapi masih dipakai gak...kalau budak2 bandar tu bolehla kita faham sebab dah biasa tapi ini di kampung..naik motor selamba je dengan seluar pendek dan baju ketat...tak da ka orang tua kat rumah budak tu yang boleh tegur...apa nak jadi??Kalau budak perempuan tu masih ada emak dan bapanya...satu sahaja yang boleh aku kata... 'kering sungguh hati emak dan bapa budak perempuan tu' Agaknya depa cukup berbangga sebab dapat jual maruah anak depa untuk tontonan orang ramai. Ini bukan sekali dua terjadi tetapi cuba la kita perhati dan amati perkara ini bila sesekali kita ke tempat2 makan, pasaraya malah di atas jalan2 raya termasuk lebuh raya... Anak2 adalah tanggung jawab ibu bapanya...ibu bapa yang tak mampu menegur anaknya ke arah yg lebih baik (takut untuk tegur anak), adalah ibu bapa yang gagal memikul amanah yang diberi ALLAH kepadanya.. Ibu bapa yang sebegini tidak membuang anak2 mereka di dalam tong sampah, TETAPI...ibu bapa sebeginilah yang membuang anak mereka kedalam API NERAKA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan