Rabu, 19 Ogos 2009
Alahai Nasib!!
Agak lama juga tak kemaskini blog ni. Sibuk tu tak la sibuk sangat tapi tak sempat gak. Tahun 2009 ni dikira tempoh bertenang kerana tak payah sibuk2 nak menanda kertas, terkejar2 menghabiskan sukatan dan kerja kursus, kelas intensif, kelas tambahan, gerak gempur, percubaan dll yang sentiasa menekan jiwa selama 12 tahun sebagai guru. Lapang bebenor kau ye... Itulah yang berlaku selepas berjaya dalam rayuan untuk bertukar balik ke negeri sendiri tahun ni. Ditempatkan di sekolah yang tidak la jauh sgt dari rumah mak mertua dan mengajar pulak program ICTL/KDP ting 1 & 2..Alhamdulillah! Pelajar2 yang ikut kelas ni pulak pelajar2 sesi petang yg perlu datang pada jam 10.30 pg & 12.00 thr. Jumlah kehadiran paling ramai pernah diterima ialah 20 orang dan paling sikit tak datang langsung. Kesempatan ini digunakan untuk mendalami ilmu ICT termasuk buat blog, facebook & friendster dan sikit masa lagi twitter..tak terkejar dibuatnya perkembangan ICT skrg ni...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan